Kami merupakan pelajar dari Politeknik METrO Johor Bahru daripada programDiploma Logistik Dan Rangkaian Bekalan sesi Jun 2018. Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk melaksanakan tugasan E-folio bagi subjek Pengajian Malaysia serta berkongsi aktiviti yang dijalankan sepanjang pembelajaran dan pengajaran. Kumpulan kami terdiri daripada 5 orang ahli dan kesemuanya pelajar perempuan. Nama kumpulan kami ialah Hawa Khadijah .
Nama Hawa Khadijah ini mula tercipta kerana kami semua terdiri daripada golongan wanita . Nama Hawa ini merupakan simbolik daripada kisah Nabi Adam dan Hawa, dimana Hawa merupakan wanita pertama yang diturunkan oleh Allah dimuka bumi ini. Nama Khadijah pula diambil daripada nama isteri baginda Nabi Muhammad S.A.W. kerana sifat keperibadiannya yang mulia.
No comments:
Post a Comment