5 September 2018
Puan Diana memberi tugas membuat peta minda mengikut kumpulan tentang topik Kebudayaan, adat resam, agama dan kepercayaa dalam kaum malaysia.
Aktiviti menjawab soalan quiz oleh Puan Diana sebelum memulakan pembelajaran
BUDAYA DAN ADAT RESAM
Budaya membawa maksud cara hidup sesebuah masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan. Manakala adat resam pula dikenali sebagai tradisi yang diamalkan turun-temurun sejak sekian lama yang diwarisi oleh nenek moyang.
KAUM MELAYU
- Menggunakan bahasa Melayu
- Adat Temenggung dan Adat Perpatih
- Perayaan; Aidilfitri, Aidiladha, Maulud Nabi dan Nuzul Al-Quran
- Jenis pakaian; Sarung, Baju Melayu, Baju Kurung dan Baju Kebaya
- Tarian dan muzik; wayang kulit, makyung dan kuda kepang
KAUM CINA
- Menggunakan bahasa Cina
- Kalender orang Cina
- Keinginan anak pertama lelaki
- Mementingkan pelajaran
- Upacara pengebumian
- Perayaan; Tahun Baru Cina, Perayaan Kuoh Bulan
- Jenis pakaian; Chongsam dan Samfu
- Tarian; tarian kipas dan tarian singa
KAUM INDIA
- Menggunakan bahasa Tamil
- Perayaan Deepavali dan Thaipusam
- Jenis pakaian; Sari, Panjabi dan Dhoti
- Tarian; tarian kathak
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Agama bermakna kepercayaan kepada Tuhan atau kuasa ghaib seperti Dewa manakalah kepercayaan pula bermaksud akidah ataupun iman seseorang individu tersebut sendiri.
KAUM MELAYU
- Agama Islam
- Matlamat; -Konsep kepercayaan yang betul -Cara hidup yang tersusum dan bersistematik -Mengenali diri dan mempunyai hala tuju hidup
- Hubungan manusia dengan Allah
- Hubungan manusia dengan manusia
- Hubungan manusia dengan alam
- Pemeliharaan jiwa, akal, fikiran dan maruah
KAUM CINA
- Fahaman Taoisme (Lao Tzu dan Chaung Tzu)
- Matlamat; -Memberi semangat, inspirasi dan panduan akhlak -Ketenagan jiwa, kedamaian fikiran dan keharmonian emosi
- Fahaman Confucianisme (Kung Fu Tze)
- Matlamat; -Falsafah moral dan sosial -Mementingkan konsep kekeluargaan -Konsep Yin dan Yang, Jen, Chun Zhi Li dan Nilai Te ditekankan
KAUM INDIA
- Agama Hindu
- Matlamat menyesuaikan diri untuk hidup demi masyarakat dan berusaha memuaskan hati nenek moyang dan tuhan
- Ciri-ciri; -Kepercayaan kepada dewa-dewa -Konsep karma dan kelahiran semula -Kitab-kitab Veda
Disediakan oleh: NURUL AFIQA EZZMIRRABT ZULKIFLI
30DLS18F1027
No comments:
Post a Comment