Aktiviti Pembelajaran Di Kelas (25 Julai 2018)


25 Julai 2018


Pensyarah kami Puan Diana telah membagikan tugas untuk membuat peta minda secara ringkas tentang tajuk Kesatuan Malaya iaitu Malayan Union.



 Ahli kumpulan Hawa Kadijah menjalankan tugas yang diberi 

             

    Ringkasan Kerja Tentang Malayan Union

  • Ditubuhkan pada 1 April 1946 diketuai oleh Sir Edward Gent.
  • Tujuan utama untuk persediaan Tanah Melayu untuk berkerajaan sendiri dan melahirkan pentadbiran yang licin.
  • Ciri-cirinya ialah NMB, NMTB dan NNS digabungkan dan diberi kerakyatan dengan prinsip jus soli iaitu hak kerakyatan di sebuah negara berdasarkan kelahiran.
  • Pelbagai reaksi dari golongan yang menentang dan menyokong tentang penubuhan Malayan Union. 
  • Golongan yang menentang kerana sikap Sir Harold Mac Michael yang mengugut Raja-Raja Melayu semasa meminta tandatngan persetujuan penubuhan Malayan Union. 
  • Yang menyokong ialah orang dagang, Melayu radikal, AWAS, BATAS dan API.
  • Berlaku penentangan melalui akhbar, telegram dan surat bantahan, perarakan tunjuk perasaan dan melalui Kongres Melayu Se-Malaya. 
  • Malayan Union dibatalkan pada 1 Februari 1948. Pihak British menurut kehendak mesyarakat Melayu melalui UMNO untuk mewujudkan PTM bagi membentuk sistem politik dan pentadbiran yang lebih baik.  


        Kesimpulan yang dapat dirumuskan di sini, pembentukan Malayan Union telah menyatukan orang melayu untuk bangkit berjuang dalam menentang kuasa asing demi menjaga status quo mereka. Langkah proaktif yang telah dilakukan orang Melayu ini telah mendorong British untuk berunding dengan Raja-Raja Melayu.Lanjutan itu, hasil rundingan antara dua pihak ini telah membentuk Persekutuan Tanah Melayu.






Disediakan Oleh: NURUL AFIQA EZZMIRRA BINTI ZULKIFLI                              (30DLS18F1027)


No comments:

Post a Comment

PENGENALAN

              Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera                      Kami merupakan pelajar dari Politeknik METrO  Johor Bahru    d...