4 September 2018
- Mempelajari subtopik baru iaitu kontrak sosial.
Ringkasan Pembelajaran
- Istilah kontrak sosial merujuk kepada bentuk permuafakatan yang ulung antara rakyat dan pemimpin bagi tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India yang masing-masing mewakili parti UMNO, MCA dan MIC yang dimeterai menerusi Perlembagaan Persekutuan.
Kepentingan Kontrak Sosial:-
- Untuk mencapai kemerdekaan (kerana British meletakkan permuafakatan sebagai prasyarat)
- Asas kepada sistem pemerintahan.
- Anak kunci kepada hubungan kaum.
Tujuan Kontrak Sosial Diwujudkan:-
- Memastikan kepentingan majoriti dan minoriti diambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing.
- Memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun.
- Menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing-masing.
- Pemerintahan beraja - pemerintahan beraja mutlak ditukar kepada sistem raja berperlembagaan.
- Kedudukan istimewa orang melayu - dipelihara sebagai tanggungjawab khas Yang di-Pertua Agong.
- Agama Islam - dijadikan sebagai agama rasmi persekutuan.
- Bahasa Melayu - dijadikan sebagai bahasa Kebangsaan.
No comments:
Post a Comment