Aktiviti Pembelajaran Di Kelas (18 Julai 2018)


                                                           18 JULAI 2018

  • Membuat pembentangan mengenai pendudukan kuasa asing di Tanah Melayu iaitu pendudukan Belanda.
  
     



Ringkasan Pembentangan:-

  •  Kepesatan perdagangan telah mendorong pedagang-pedagang Belanda bergabung membentuk Syarikat Bersatu Hindia Timur (Vercegnide Oost-Indische Compagnie) atau V.O.C pada 20 Mac 1602. Tujuannya adalah untuk menguasai perdagangan rempah dan memonopoli perdagangan bijih timah.
  • Pada tahun 1619, Belanda berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa.
  • Selepas menawan Melaka V.O.C menuntut monopoli penuh dagangan timah di Perak tetapi tidak dipersetujui oleh Sultan Muzaffar.
  • Persaingan ekonomi yang semakin rancak telah menyebabkan masalah politik yang meletus antara Johor dengan Belanda yang melibatkan Selangor.
  • British berusaha untuk kembali mempengaruhi negeri-negeri Melayu.Persaingan antara dua kuasa ini (Belanda dan British) memaksa mereka menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian London) pada tahun 1824 dan akhirnya Melaka menjadi wilayah penguasaan British.

Kesimpulan:-

Kekayaan sumber alam telah menarik perhatian kuasa-kuasa asing untuk menjajah negara kita. Ketiadaan persefahaman dan perebutan kuasa telah menyebabkan kuasa-kuasa asing dengan mudahnya menjajah dengan cara campur tangan dalam penguasaan ekonomi.

Disediakan oleh :- LAILATUZAHROH BINTI LOKMAN (30DLS18F1045)

No comments:

Post a Comment

PENGENALAN

              Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera                      Kami merupakan pelajar dari Politeknik METrO  Johor Bahru    d...