BAB 7: ISU- ISU KEPRIHATINAN NEGARA
Hasil daripada proses pembelajaran kami yang lepas, berdasarkan topik ini termasuklah dasar luar Malaysia. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum bahawa, Malaysia telah menjalinkan hubungan dengan banyak Negara- Negara antarabangsa beserta dengan memberi pelbagai kerjasama yang Malaysia telah sumbangkan. Oleh itu, terdapat objektif utama Dasar Luar Negara adalah untuk melihat komitmen negara dalam menjaga keamanan dan kestabilan negara Malaysia. walaubagaimanapun, tidak semestinya Malaysia perlu menjalinkan hubungan dengan semua negara di dunia. Hal ini demikian kerana, Malaysia perlu mengambil kira atas beberapa faktor. Sebagai contoh faktor keselamatan, serta faedah pembangunan ekonomi, politik dan sosial. Hasil daripada jalinan Malaysia dengan Negara -negara luar maka wujudlah ASEAN. ASEAN ini dianggotai oleh lebih 10 buah negara, tetapi 5 yang perlu kita semua ketahui:
- SINGAPURA
- THAILAND
- INDONESIA
- FILIPINA
ASEAN ini juga ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 serta dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman.Hasil daripada kerjasama ASEAN telah mencakupi pelbagai bidang seperti ekonomi, pendidikan keselamatan bersama kebudayaan, perindustian dan sebagainya.Dari aspek keselamatan muncul konsep Zon Aman, iaitu bebas dan berkecuali(ZOPFAN) di semua negara anggota ASEAN sahaja.
Tambahan lagi,ASEAN juga bersetuju mengelakkan rantau ini menjadi tempat persaigan tenaga nuklear dan menerima konsep SOUTH EAST NUCLEAR WEAPONS FREE ZONE( SEANWFZ).
Kerjasama dalam bidang ekonomi merangkumi projek baja urea, projek vaksin Hepatitis B dan sebagainya.
Komanwel adalah singkatan bagi pertubuhan negara negara bekas jajahan British.Pertubuhan ini dianggotai oleh negara negara bekas tanah jajahan British termasuk Malaysia.Pada tahun 1957 iaitu kemerdekaan Malaysia mula menyertai persatuan ini. Hasil penubuhan KOMANWEL Malaysia mendapat banyak faedah contohnya teknologi.Dengan adanya persatuan ini Malaysia dipilih menjadi Tuan rumah persidangan CHOGM( Persidangan ketua- ketua Negara komanwel) untuk membincangkan isu dadah , kebuluran dan kemiskinan di Afrika.Tambahan lagi, dari segi bidang pertahanan, Malaysia juga mengadakan latihan ketenteraan bersama dengan beberapa buah negara Komanwel.Dari segi bidang pendidikan negara anggota komanwel telah memberi nasihat dalam pertubuhan maktab- maktab perguruan , A- Level, HSC.
LOGO KOMANWEL
PERTUBUHAN BANGSA- BANGSA BERSATU(PBB)
Malaysia mula menyertai persatuan ini pada 17 september 1975, sama seperti komanwel.Apabila Malaysia menyertai persatuan ini Malaysia mampu menjadi negara contoh kepada negara- negara maju dan membangun dengan pesat.
|
Akhir sekali, NAM.Pertubuhan negara -negara berkecuali. NAM , atau singkatan bahasa inggeris , the Non- Aligned Movement. Malaysia mula menyertai NAM ini pada tahun 1969. Sebab persatuan ini beroegang pada kepada dasar berkecuali kerana mereka tidak berpihak kepada Blog Barat dan Blog Timur. Mereka juga berpegang kepada prinsip menghormati kemerdekaan ,keutuhan dan kedaulatan bagi sesebuah negara.Antara tujuan penubuhan NAM adalah untuk mnegelakkan negara- negara kecil terlibat dalam peperanngan ideologi serta meningkatkan keupayaan ekonomi dan daya saing NAM di mata dunia.Tambahan lagi, Malaysia juga diberi penghormatan apabila dilantik menjadi Naib presiden NAM dalam persidangan di Belgrade pada tahun 1989 untuk membincangkan isu- isu yang berkaitan dengan politik dan ekonomi negara anggota NAM.
LOGO NAM
Kesimpulannya, kita hendaklah mengadakan hubungan baik dengan semua orang, tidak kira bangsa apa sekalipun. Hal ini demikian kerana, kita tidak akan berjaya tanpa bantuan sesiapa walaupun kita mahir dalam sesuatu bidang, tidak bermakna kita sudah cukup ilmu untuk mencapai semua yang kita impikan, lebih -lebih lagi pada masa kini yang penuh dengan pancaroba. Oleh itu, iktibar yang kita semua boleh peroleh daripada topik ini ialah bersatu padu serta berbuat baik dengan semua orang, sebagaimana yang Malaysia lakukan terhadap semua negara sehingga boleh menjadi banyak persatuan demi mencapai kemakmuran dan kesepakatan.Perkara ini juga, memberi impak yang sangat bagus dalam aspek pelbagai bidang tidak kira pendidikan mahupun teknologi yang kita semua boleh menikmatinya sehingga kini.Bagi menekankan penyataan ini, kita semua orang atau generasi muda masa kini perlu mengikut jejak langkah Tunku Abdul Rahman agar segala kemakmuran dan keamanan negara yang kita sedang merasai ketika ini dapat dikelkalkan sehingga akhir zaman.
Disediakan oleh:- Nur Halimah binti Ishak
30DLS18F1007
|
No comments:
Post a Comment