26 September 2018
RANCANGAN
DAN VISI PEMBANGUNAN
Secaraumumnya , sejarah perancangan pembangunan Negara boleh dibahagikan
kepada 3 fasa utama iaitu:
- Perancangan zaman sebelum merdeka
- Perancangan zaman selepas merdeka
- Perancangan selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru
MAKSUD
PEMBANGUNAN
- Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan tradisi. Biasanya pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau Negara daripada keadaan mundur kepada maju . Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik , sosial, pendidikan ,psikologidansebagainya. Selain itu, perubahan ini juga merujuk kepada aspek fizikal ,kebendaan dan bukan kebendaan.
- Secara keseluruhannya , pembangunan ekonomi Negara yang seimbang menjadi matlamat utama dalam penggubalan dasar pembangunanekonomi Negara sejak kemerdekaan sehingga kini. Selepas kemerdekaan , pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa rancangan pembangunan Negara untuk mengatasi segala masalah sosio ekonomi dan politik yang dihadapi oleh masyarakat Tanah Melayu kesan peninggalan dasar-dasar yang diamalkan oleh penjajah British sebelum ini.
- Pembangunan Negara Dirancang melalui dua rancangan utama , iaitu Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP). Sejak merdeka , Sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan dengan jayanya.
Teras Utama DWN:
KESIMPULAN
Pelaksanaan pelbagai dasar , perancangan dan strategi serta pelan tindakan untuk setiap institusi dan sector dalam masyarakat dan negara digariskan bagi meningkatkan pembangunan yang seimbang dan lestari. Semua ini akan menyumbang kepada kestabilan politik dan keharmonian rakyat pelbagai kaum serta peningkatan kesejahteraan hidup rakyat. Disamping itu, PIN merupakan kesinambungan dan penterjemahan falsafah, prinsip dan matlamat yang hendak dicapai dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dengan mengambil kira pelbagai perkembangan dan cabaran baharu.
DISEDIAKAN OLEH : NUR AINI BINTI SOLEHAN (30DLS18F1053)
No comments:
Post a Comment